Thursday, December 18, 2008

KLINIK PRIMER HUKM

16 Disember 2008- buat julung kalinya aku menemankan isteriku membuat pemeriksaan di hospital.. biasa dia pergi sendiri.. yelah klinik tersebut dekat dengan pejabatnya.. tambahan jadual kerja aku tak menentu... tapi pada hari itu aku off duty... so dapatla aku temankannya.... Kami sampai awal jugakla.. Pas je park kereta terus masuk klinik... perhh ramainya umat manusia... sampai terkeluar dari klinik orang beratur nak mendaftar... Hampir sejam barula nama isteriku dipanggil di kaunter pendaftaran... huh.. menguji kesabaran betul...

Pemeriksaan dengan doktor bermula ditingkat 3... buat urine test dan berat....lepas dapat result baru bleh check doktor ditingkat 2....hmm kena tunggu lagi.... sejam jugakla.... huh sekali lagi... masa check doktor tanya condition isteriku... nak scanla pulak.... aku turun tingkat 1 pulak nak dapatkan pengesahan percuma... lepas tu aku naik tingkat 3 mendapatkan isteri aku... kena tuggu lagi doktor... dalam 20 minit baru dia muncul nak buat scan... baby aku ok tapi jantina dia still aku tak tahu... walaupun dah bekali scan tapi tak tahu jugak... asyik menyorok jer....

Lepas tu kami turun balik tingkat 2 jumpa ngan doktor sekali lagi... asyik turun naik penat aku dibuatnya...doktor maklumkan isteriku ada masalah dan nak kena masuk wad... pulak dah... so nak tak nak kenala isteriku naik ambulan gi hospital serdang... dahla tangan kena cucuk... sian dia.... hmmm aku rasa korang mungkin dah tak dapat pengalaman ni sebab klinik ni pun dah nak pindah.. dengar kat bandar tasik permaisuri.... tapi apapun terima kasih kat dokter dan misi yang merawat isteri aku....