Friday, August 28, 2009

26 Ogos 2009: Asyraf Hisap Jari
















24 Ogos 2009: Asyraf Kembali Meniarap




Alhamdulillah... syukur pada Allah.... anak ayah ngan ibu dah kembali meniarap... asyaraf kena kuat baru cepat sihat... sayang asyraf...


Sunday, August 23, 2009

Berkat Ramadhan




Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah.. tuhan sekalian alam... berkat doa anda semua... asyraf beransur pulih... sekarang asyraf sudah mampu tersenyum dan tertawa.... namun pergerakan asyraf masih terbatas... mungkin sebab kesakitan dalamannya masih belum pulih sepenuhnya... semalam asyraf cuba menirap... sekejap je dia menirap kemudian baring balik... alhamdulillah.. satu perkembangan yang positif... Minggu lepas ayah ngan ibu bawak asyraf jumpa pakar mata... keputusannya Dr. maklum kata masih terdapat pendarahan dalam mata asyraf... dibahagian tengah mata... mungkin mengambil masa dalam enam bulan baru elok... Dr. tak boleh nak buat apa2... just hanya buat pemantauan jer 2 minggu sekali.. this week kena pergi jumpa pakar lagi untuk buat fisioterapi.....

Sabtu lepas ayah, ibu, opah, mak ngah, pak ngah dan abg syafiq bawak asyraf ke felda gedangsa untuk buat rawatan pada asyraf.. perubatan tradisional... Alhamdulillah syukur pada Allah yang menemukan kami dengan Cikgu Raw... terima kasih kerana sudi membantu asyraf... apa yang diperkatakan Cikgu Raw jelas menampakkan kebenaran... asyraf memang jatuh kuat... jatuh dibahagian belakang kemudian terhantuk dibahagian hadapan... MasyaAllah.. tak dapat dibayangkan... Alhamdullillah... asyraf dah banyak berubah... walaupun kasihan melihat asyraf berbalut satu badan.. namun demi kesihatan asyraf ayah dan ibu redha... terima kasih cikgu raw... minggu ni kena pergi lagi.. untuk terapi minda... kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang perubatan ini boleh layari http://kakraw.spcs.name.my/forum/.



Kesempatan ini ayah harap anda semua dapat terus berdoa untuk asyraf agar dia sembuh seperti biasa tambahan pula bersempena ramadhan yang barakah ini. Akhir kalam, terima kasih di atas sokongan anda semua dan selamat menjalani ibadah puasa. Wassalam..

Saturday, August 15, 2009

Sayang Asyraf

Salam semua.... just to share peristiwa yang berlaku baru-ni... anak ayah dan ibu... asyraf... masuk hospital hampir 2 minggu... 5 hari di ICU.... semuanya gara-gara insiden yang berlaku kat nursery asyraf... baru je dua hari hantar kat nursery tu.... pada yang pernah baca blog wardah mungkin tahu kenapa kena hantar asyraf kat nursery... 4 ogos 2009 hari kedua ayah dan ibu ambil asyraf dengan muka yang pucat, tidak bermaya... dahi yang lebam... biru.... jawapan yang dapat hanyalah... "asyraf terhantuk di baby court"... tanpa banyak soal ayah dan ibu segera bawak asyraf ke hospital serdang... sepanjang perjalanan asyraf tak sedarkan diri.... menyusu pun tak nak... kepala terkulai... ya Allah apa dah terjadi pada asyraf????? sampai di hospital terus ke emergency... doctor terus bagi rawatan kecemasan pada asyraf... masukkan ubat dan air... barulah asyraf sedar... tapi tangisan asyraf memang berbeza.. seperti menahan sakit yang amat sangat.... malam tu asyraf masuk wad... melihatkan keadaan asyraf... ayah dan ibu begitu sedih... menitiskan air mata... ya Allah... selamatkan asyraf...


hari kedua di wad doctor buat CT scan pada asyraf dan mendapati keadan asyraf normal... so takder pendarahan dalaman... doctor tak dapat kenalpasti kenapa asyraf diserang sawan.. normally sawan berkaitan dengan otak... ni pun base on information dari nursery kata asyraf kejang2... lagipun family ayah ngan ibu takder history sawan... doctor tak puas hati lagi... kenapa asyraf jadi macamni... petang tu pakar mata datang dan check... terdapat pendarahan dalam mata asyraf... mungkin disebabkan hentakan kuat dan mungkin terdapat pendarahan dalam otak...so the next day doktor buat CT scan sekali lagi.... barulah tahu kenapa asyraf diserang sawan... rupanya confirm pendarahan dalam otak.... jantung bagai nak gugur mendengar penjelasan doktor.. malam tu asyraf terus dimasukkan ke ICU kerana keadaan asyraf begitu kritikal... pukul 3 pagi ibu call ayah suruh datang ke hospital... bimbang sesuatu berlaku pada asyraf.. keesokan harinya doktor pakar memaklumkan apa yang berlaku pada asyraf... buat masa ini asyraf stabil tapi kritikal itupun kerana adanya bantuan oksigen... doktor maklumkan kemungkinan2 yang akan berlaku pada asyraf... asyraf mungkin tak dapat diselamatkan, asyraf kalau selamat mungkin lumpuh/cacat, asyraf... ya Allah berat sungguh dugaanMu ini..... doktor maklumkan asyraf direhat selamat 48jam bagi merehatkan otaknya... seluruh badan asyraf dicucuk untuk masukkan ubat dan sebagainya... tangan kiri.. tangan kanan.. kaki kiri dan kanan.. peha kiri... kesiannya asyraf... anak ayah ngan ibu baru 7 bulan dah diperlakukan begitu... tapi ayah ngan ibu redha agar asyraf dapat diselamatkan.... doktor juga memaklumkan agar dilaporkan pada polis memandangkan kemungkinan berlaku penderaan atau kecuaian yang berlaku... makluman yang ayah ibu dapat dari pihak nursery asyraf terhantuk dibaby court... terhantuk sampai bleh jadi mcmni? pelik???? tak sanggup ayah ngan ibu nak pikir bagaimana asyraf boleh jadi macam ni... lima hari lima malam asyraf di ICU... lima hari lima malam jugak ayah dan ibu temankan asyraf.. hari2 masuk tengok perkembangan asyraf... terlihat air mata asyraf bergenang dimatanya... mungkin menahan sakit yang dialaminya...... sayu hati ayah ngan ibu tengok asyraf... saudara mara, sahabat handai jauh dan dekat semua datang melawat asyraf... semua mendoakan agar Allah selamatkan asyraf....

Alhamdulillah rahmat Allah dibulan syaaban ni menyebelahi asyraf... asyraf kembali sedar... kesan ubat yang diberikan pada asyraf menunjukkan kesan lebam di kepala asyraf begitu jelas... terdapat 2 garisan di belakang kepala asyraf... pasti hentakan kuat pada belakang kepala asyraf.... kini asyraf dah dibenarkan pulang memandangkan keadaan asyraf yang boleh dikatakan baik. doktor taknak tahan asyraf lama2 diwad.. bimbang terkena penyakit lain... semua maklum akan virus H1N1... walaupun dibenarakan pulang asyraf perlu datang hospital lagi... jumpa pakar mata, paka2 lain, buat fisio... mata asyraf pun masih tak dapat nak fokus... malam semlam asyraf merengek... tak dapat tidur lena... mungkin asyraf masih sakit... asyraf tak dapat nak cakap akan kesakitannya.. tapi ayah ngan ibu faham... sabar anak... Allah akan selamatkan asyraf..

kepada kenkawan dan pelawat blog ni harap dapat mendoakan asyraf agar sihat seperti sediakala.... ayah ngan ibu mana yang tak sayangkan anak...