Monday, October 10, 2011

Cuti-cuti Morib

Tahukah anda Morib tu berasal dari selangor? Tak percaya... tanya Kuala Langat sebab morib terletak dalam daerah tersebut.. kira-kira 8 Km dari pekan Banting... Kat mana pulak banting tu? Tanya cik Kay sebab dia dari banting... Siapa cik kay? Kalau anda yang membaca ini cik kay.. maka anda tahu siapa anda... Wokeh cukupla pasal sejarah morib nih.... Sejarah ker?

Actually, pada cuti yang lepas kami sekeluarga 3 beranank berangkat ke Morib. Tak pernah terpikir nak ke morib.. yelah apa ada kat sana.. lagipun bukannyer tahu sangat jalan belah2 sana... kalo sesat guane demo... tapi sebab demo loni tak supo mulo... dengan adanya google maps.. maka sampai jugak kat rumah kak limah di morib..

Cantikkan rumah kak limah... semi-D tuh... wah kelas ko limah... walaupun rumah kayu tapi dalamnyer.. kalah umah ko peah... lantai ceramic world tuh... dalam fully furnish.. siap 2 bilik tido 2 bilik mandi..dengan bayaran tak sampai rm50 maka dapatla menyewa umah kak limah ni selama semalam.... Tambah kelas umah kak limah ni... tepi pantai....

Si tecik sedang menunjukkan tanda peace.. cuma cam pelik jer peace dia... trend baru kalo nak amek gambar.. siap bawak beg sekulah...

Korang negokla pantai dia... kemain luas... dah macam padang jarak padang terkukur... jenuh cari mana lautnya... untuk makluman masa ni tengah air surut... hebatkan Allah punya kuasa... boleh dikeringkan air sampai mcm tuh skali.. Kalo ikut pantai yang ada tak sampai 3m dari air pasang perbani.. begitulah hebat ciptaan-Nya.
Nak mandi laut confirm tak bleh... yelah lautnya nunnnn.. di selat melaka.. mau mandi peluh jer kalo nak kesana... so apa aktibiti yang bleh dibuat... layan frisbee fire flyz la jawabnya... memang syiok... dan juga membina istana pasir kunun2.... Esoknya masa air pasang barula dapat mandi laut... masin tul air dia... ko ingat air laut tu tawar ke maarof... Apapun terima kasihla kak limah sebab bagi menginap kat umah ko... untuk tempahan korang bolehla kontek kak limah di:

Rumah peranginan persekutuan morib
KM48,
Jalan Morib,
42700 Banting,
Selangor

Tel: 03-31982108

Penyelia:
Puan Hasnah binti Hasan (03-31982108)
(untuk makluman tambahan.. kak limah tu bukan rakan sekerja kak hasnah... harap maklum)

harga bilik pun amat berpatutan...
Jenis Bilik Kadar (Semalam)
Banglo 3 Bilik RM 60.00
Berkembar 2 Bilik RM 50.00
Dewan Serbaguna RM 50.00

Kena jumpa tugu baru samapi... selagi tak jumpa bukanla tempatnya..
Semasa perjalanan balik kita orang terserempak ngan kedai emas... serius banyak emas... silau bijik mata.. nama pun kedai emas.. tapi kedai ni lain dari yang lain... serius cakap memang ada bau...

No comments:

Post a Comment